Wednesday, October 13, 2010

D'ark Resort Janda Baik - 10/10/10

Hari minggu baru ni kami sekeluarga ke janda baik. Dan untuk keberapa kali entah, kami duduk di D'ark resort lagi. Terlepas lah sudah kerinduan yang teramat sangat nak balik ke kampung halaman yang telah berapa bulan ku tinggal kan...hehehe....kira balik kg lah kan....asyik dok teringat je nak ke sana. Tapi kali ni aku tak dapat bermalam di sana, cuma adik2 dan mak aku je yang tidor sana. Aku dengan adik aku lina sekeluarga berangkat ke janda baik pagi2 hari minggu tu. Walau bagaimana pun nureen dengan nabil harus dieksport kan bermalam disana ikut kereta adik bongsu aku....tq ye dot....jaga anak2 i....u suka kan malam2 masa tidor kena kerok kaki dgn nabil....heeee.....(anak aku si nabil tu suka gesek2 ke mengerok kaki and tangan kat badan sesiapa yang tidor di sebelah dia. sudah nya org yg kena kerok tu tak boleh tidor. even anak aku si nureen pun sama jugak. kalau aku tidor dgn dia mmg hari2 bergaduh sebab sakit badan aku kena keruk dgn kaki tangan dia). ok, ni citer dah masuk topik lain lah pulak. so layan je lah gambar2 kat bawah ni ye.....walau pun gambar2 aku ke sana semua nya sama je dengan gambar2 posting yg sebelum ni kan.....ada aku kesahhhh....

Pada sesiapa yang nak buat enquiry pasal resort ni sila call 09-2330031 / 09-2330193.

Lepas ni ada lagi satu lagi entry pasal satu tempat yg kami pergi melawat di Janda Baik. Very de unik tempat tuh.....ahaksss....nanti aku citer ek....



Dah besar gajah pun lagi bersuap. tengok muka mak tu dah macam muka mak tiri...hahaha...



ini lah aktiviti kaum bapa, minum teh sambil makan kuaci....






nampak tak budak kecik kat celah tiang tuh...beriya2 nak ambik gambar celah tiang sempit tuh sambil tunjuk peace....


dah penat makan kuaci, den buat taik mato....hehehe...


ni pun sama gak, last2 tv tengok dorang...





seronok korang baring2 atas rumput tu kan....masuk pacat baru tau....





air sungai ni sejuk wooo....tak tahan...








yang pakai tudung coklat tu nurul, pekerja di resort ni. very nice lady. ni gambar masa nak balik. bila dah sampai sini rasa tak nak balik. Insyaallah, panjang umur harus kami ke sana lagi.....miss janda baik so much!!!!...:)




















Wednesday, July 14, 2010

Kueh cakoi berkuah





Korang pernah makan tak kueh cakoi ada kuah? Seingat aku lah, ini 1st time aku makan cakoi ada kuah. Kueh cakoi ni laki aku beli di kedai makan tomyam dekat dengan rumah aku. Sebelah kedai tomyam tu kedai cuci kereta, so kebetulan masa dia tengah menunggu orang cuci kereta. dia pergi lah lepak kat kedai tomyam ni. Dia order cakoi ni rasa sedap so dia bungkus bawak balik nak kasi aku try. Dia beli 2 bungkus, sebungkus harga rm2. Punya lah sedap tak sedar aku belasah sampai sebungkus habissss.....makan panas2 kan tu yg tak sedar diri...huhuhu....aku tak tau nak ckp kuah cakoi tu macamana, texture nya lembut mcm puding yang lembik2 tu. lepas tu ada rasa pandan tapi tak kuat rasa pandan tu....pendekata sedap lah....kalau aku yg membeli harus aku interview org kedai yg jual ni. ni bila aku tanya laki aku apa nama kueh ni (aku tau lah cakoi tapi mesti ada nama lain sebab dia berkuah kan) dia kata kat kedai tu tulis nama 'potong ka cakoi' . Biar bebenor nama kueh ni tu kan...tak pernah aku dengar pun nama tu. entah2 ni makanan orang siam kot...eh gasak lah....nanti aku nak beli sendiri aku nak interview orang kat kedai tu....:)




Monday, May 17, 2010

Ayam butter berkicap

Ayam butter berkicap ni aku masak minggu lepas. Aku suka jugak masak resepi ni sebab senang, simple, tak banyak bahan dan yang penting sedap. Asalnya resepi ni ada lah resepi adik aku tapi dia tidak mengunakan kicap. Pada yg tak suka kicap, tak payah taruk kicap. Just tukarkan lada hitam tu kepada lada putih (sulah). So di sini aku perturunkan resepi masakan ini untuk sesiapa yg nak mencubanya. Dan juga resepi ni khas buat cik mama ria yg hari tu ada bertanya kot2 aku ada resepi baru. Errrr....cik mama ria tak ada blog ke? Bagi lah link, teringin i nak melawat blog u....:)




Step 1. Panas kan seketul butter (250gm) didalam kuali hingga cair.


Step 2. Potong bawang besar (lagi elok bawang holland). Dan juga potong
cili kering dlm 1 inci (ikut suka berapa banyak). Kemudian tumis
dalam butter yg telah cair tadi sehingga layu.


Step 3. Kemudian masukkan ayam.


Step 4. Setelah ayam separuh masak dan tidak banyak air, masukkan kicap
pekat manis. (ikut citarasa anda nak hitam banyak mana). Campur
kan juga serbuk lada hitam (ikut suka), kemudian masak ayam
hingga empuk dan kuah kepekatan.

Taraaaaaaaaaaaa....ini dia ayam butter berkicap yg sangat lazat....aku sendiri
yang masak aku sendiri puji lah kannnn.....kehkehkeh.....selamat mencuba...











































Wednesday, March 31, 2010

Cream Cheese Butter Cake

Hari sabtu lepas entah apa angin entah tetiba aku terajin lak nak buat kek. Jangan sapa2 nak terkejut ye, sekali 2 biji kek aku buat. Satu aku buat kek cream cheese dan satu lagi aku buat kek coklat fudge. Yang kek coklat tu tak payah lah aku taruk resepi sebab ada aku bagi resepi kat sini, kalau sapa2 nak cuba selak lah selak page belakang2. Berbalik pada kek cream cheese ni, sapa yang rajin nak buat, sila lah cuba resepi ni sebab anda tak akan keciwa. Resepi dari Yusnina ni lembut gebu, moist and yang paling penting sedap! Aku tak kenal sapa yusnina ni, akceli dah lama aku simpan resepi ni. Kalau tak silap aku print resepi ni dari cari.com. Apa pun tq so much pada yusnina yang memberi resepi yang sedap. Now korang layan je lah gambar kat bawah ni ye. resepi ada sekali tu, nampak kan.....