Tuesday, December 29, 2009

Jam Roselle

Ni bunga ke buah roselle? aku pun tak tau nak panggil apa. Adik aku beli roselle ni kat gerai tepi jalan di pekan cina on the way balik dari Janda Baik itu hari. Sampai je rumah aku kopek buang biji bunga tu, dan siat2 kan bunga tu untuk di rebus. Air rebusan tu boleh diambil untuk di buat pati minuman. Kemudian hampas bunga tu pula di masak semula dengan gula dan dibuat jam untuk dimakan bersama roti. Sedap sesangat dan lagi satu lebih healthy kerana tiada bahan kimia tambahan didalamnya....:)



yg kiri tu bunga roselle n sebelah kanan tu biji roselle yg perlu di buang. Tapi rupa nya biji tu kita boleh buat benih untuk tanam semula. Mak tak tau lah pulak....abis semua mak buang.....


Ini pula yg telah dijadikan air sirap.

Bunga yg telah disiat2 untuk direbus bersama gula.


Ini pula jam nya.....nyummyyyy.....sendiri buat sendiri puji...hokayyyy.....


Ini lah hasil nya bunga roselle beli di Janda Baik, dapat buat 4 botol jam roselle.




Tuesday, December 22, 2009

Centella Asiatica Janda Baik Resort - Part 1

Pada cuti awal muharam baru ni aku n family bercuti di Janda Baik. Aku dah tak ingat dah berapa kali aku bercuti kat Janda Baik ni. Tapi pada kali ni aku tak dapat duduk kat tempat kami selalu duduk di D'Ark Resort sebab tempat tu dah penuh. Frust lah jugak sebab tak dpt bilik kat D'Ark tapi dalam frust2 aku cuba lah cari kat tempat lain. Akceli aku dah buat booking kat satu tempat ni, nama tak payah sebut lah. Sampai je kat tempat tu aku dah tak berkenan dah, apa tah lagi adik beradik aku. Tengok kat dlm internet mcm ok je, tapi bila tengok tempat tu mmg sedih lah. Chalet buruk dgn rupa bentuk sikit lagi nak macam jamban. Dengan sekeliling semak samun, nampak betul tak selesa lah. Nasib baik aku belum bayar deposit kalau tak mmg haru lah. So lepas round tempat tu n semua sepakat tak berkenan, kitorang beralih pulak ke tempat lain. Ternampak pulak Centella Asiatica resort ni, tengok dari luaran terus jatuh cinta. So adik aku call lah resort ni tanya ada tempat kosong ke tak. Kebetulan ada kosong dan owner resort ni Datin Rohana nama nya membenarkan kami masuk. Kat dalam tu ada lah tukang kebun tengah membersihkan kawasan sekitar.

Masuk je kat dlm resort tu mmg seronok lah tengok kawasan sekitar yg cantik dengan landskap yang teratur. Terdapat 2 buah kolam ikan didepan resort, nampak air nya yg tenang dengan ikan yg besar2. Rupanya owner resort ni duduk di KL, dan hanya dia yg pegang kunci bilik, so kami semua kena tunggu dia datang nak bukak bilik....ermmmm.....ini macam punya bisnes pun ada. So menunggu lah kami dari pukul 12 lebih hingga pukul 2 lebih kat dlm tu. Nasib baik ada tempat rehat mcm khemah untuk org ramai duduk sambil nonton tv. Tapi masa tu tv tak boleh bukak pun tak tau kenapa. yg ada masa tu hanya kitorang je, kiranya mcm kami ni lah 1st customer pada hari jumaat tu. Sementara menunggu kunci sampai, kaum lelaki pergilah sembahyang jumaat di masjid berdekatan. Kami kaum ibu dan anak2 lepak lah kat situ sambil bukak bekalan makan tghari. Okay, aku berenti takat ni dulu, ini baru part 1 ok! ada banyak gambar dan ada banyak cerita lagi yg aku nak tulis. sementara aku mengupload gambar lain, korang tengok lah gambar2 kat bawah ni......tungguuuuu.....



nampak tak no. tel dgn website tu, sesiapa yg nak duduk disini silalah contact no tel tersebut. nama owner nya Datin Rohana.



cantik nya lahh....ni bunga kantan kan....







Datin ada bercerita yg rumah antik ni, kayu nya di ambil dari sebuah masjid yg telah diroboh kan di Kelantan kalo tak silap. So Datin telah mengupah tukang kayu dari Kelantan nama nya Pak Lah untuk membina semula rumah antik ni di Janda baik. Memang cantik kerjatangan paklah. So sebelum datin membuka tempat ni sebagai resort, datin telah tinggal di rumah ni untuk beberapa tahun dan kemudian berpindah pula ke KL. Untuk pengetahun anda semua, rumah antik ni pun untuk disewa juga tapi lebih kepada package pengantin. sewa sebuah rumah antik 3 bilik nih ialah RM2500 semalam. sesiapa yg teringin nak buat wedding kat sini boleh lah contact datin tu ye. hari tu ada jugak aku mintak nak tengok kat dalam rumah antik ni tapi datin beri alasan kunci tak ada kat dia so tak boleh nak masuk. ermmmm.....entah lah ek, kalo dapat tengok boleh jugak aku ambik gambar kat dlm rumah ni n tolong promote kan wedding package dia. tak pe lah, org tak sudi nak bagi masuk kannnn.....























Ini lah chalet tempat tidor kami. errmmmm....ni rupa luaran ok, dalaman nanti aku tunjuk....ermmmm.....



cute kan, ada angsa u.....tapi angsa ni tak kejar org pun. dia pulak yg lari bila kita datang dekat. kan selalunya angsa yg kejar org....tapi ok lah, aku cukup takut kalo angsa kejar sebab dulu masa kecik pernah kena sudu dengan angsa....meraung mak nok....









kenapa tu? terpijak taik angsa ekkk.....heeee...


tau tak ni pokok buah apa? ini lah dia pokok buah markisa. kan dulu aku pernah buat posting pasal buah markisa kan, cuba tengok kat old post kalo korang nak tengok buah tu bila dah masak. pakcik tukang kebun kata, bila buah masak dia bawak turun ke kg cina dorang jual kat penjaja cina kat situ. jadi nya yg aku beli hari tu mesti dari kebun org2 melayu kat area janda baik ni jugak lah kan....alkisah nyaaaa....


Ini lah dia tempat kitorang menunggu datin datang bawak kunci.




deretan chalet2...


korang pernah tengok pokok pisang berbunga? ni hah...1st time aku tengok pokok pisang berbunga nyah....ke pokok ni satu spesis dengan pokok helicornia tu ke tak tau lah aku....tapi daun pokok ni mmg mcm pokok daun pisang.

















































Friday, July 17, 2009

ONION SOUP


Dalam last week kot, aku teringin nak makan onion soup. mula terasa nak makan tu sebab aku tgk kat channel 707 ada matsalleh ni dok hirup benda ni. rasa dedulu aku penah lah makan onion soup tapi yg creamy punya. so hari tu aku pun kelibut lah cari resepi kat tenet, aku tanya kat pompuan melayu terakhir yg kawin dgn org german tuh pun dia kata dia tak penah buat onion soup ni....heeee sori dek amy, mest ko tersedak lagi kat german tu kan. pastu bila aku dah dpt resepi aku buat lah. pada pendapat aku, sop bawang ni elok dimakan oleh org yg sakit or demam je lah. aku buat ari tu dah lah aku makan sorang2, org lain sumer tak nak, lepas makan sepinggan tu aku dah tak pandang dah kat belen ada lagi sikit tu. tapi rasa ok lah, sedap gak. bagi peminat bawang mesti suka lah, aku ok jek. tapi kalo makan saja2 cam tu rasa tak kose lah, tunggu demam je lah kot nti makan balik....heeeee. pada sesiapa yg nak buat, kat bawah ni resepi nya. (resepi ni aku ubat sikit)
2 biji besar bawang holland
1 sudu besar worcestershire sos
2 sudu besar butter
1 sudu perasa stok ayam (kalo rajin nak buat stok ayam/daging sendiri pun boleh)
2 cawan air
garam
pepper
hiris atau chop bawang ikut suka lepas tu goreng bawang dgn butter. dah agak kuning angkat dari kuali. masuk kan bahan2 lain kedlm periuk bersama2 dgn bawang. renih kan hingga menggelegak. kalo ikut resepi renih sampai 1/2 jam. aku tak kose nak tunggu 1/2 jam, aku renih sampai menggelegak terus tutup api. boleh lah dihidang kan dgn garlic bread atau apa bread ikut suka. aku hirup gitu je.
sekian.


Tuesday, July 14, 2009

SALAD LOBAK PUTIH


Resepi salad lobak putih nih aku dapat dari cik amy german. dia yg ajar aku macamana nak buat benda alah ni. mula2 tu rasa mcm tak best je resepi ni sebab paham2 je lah kan lobak putih tuh ada keluar bau busuk kan. tapi sangkaan wa meleset belaka, bila dah digaul dgn carrot dan juga perkakas yg lain, tak de bau busuk dah. rasa manis je salad ni. sapa2 yg nak cuba aku letak resepi kat bawah ni ok.
1 batang lobak putih (aku guna 1/2 batang je tu sebab aku sorang je yg makan)
1 batang karot
1 sudu besar cuka makan
gula dan garam ikut suka
Mula2 parut lobak putih n karot. lepas tuh taruk cuka, gula n garam dan gaul semua bahan. biar dlm satu jam lepas tu ngappp. aku ari tuh taruk dulu dlm esbok kasi sejuk. pergghhh....rasa fresh je badan lepas makan ni....betulll...wa tak tipu punya....:)
tq kepada cik amy german sebab sudi bagi resepi yg sedap, ringkas lagi berkhasiat....muahhhhh.....


Friday, May 22, 2009

SAMBAL TELOR REBUS & SAMBAL BELIMBING

Saje nak tunjuk sambal telor aku masak mlm tadi sebab aku terliur tgk kat blog si amy dia dok tayang sambal telor dia.....huhh.... balik rumah terus aku rebus telur, pastu goreng, pastu masak sambal...waduhhh.....berselera den makan.....


Ini lak aku masak 2 hari lepas kot. akceli aku hentam je bahan2 dia. aku ambik ilham buat selepas aku pusing2 kat satu forum nih. bahan2 nya, ikan bilis, cili padi/merah, bawang merah, bwg putih dan buah belimbing. semua tu kasi tumbuk....bukan blend ok....tumbuk guna batu lesung.....jgn nak senang je keje korang.....kehkehkeh.....lepas tu tumis lah semua bahan tuh sampai agak kering. aku baca kat forum tuh kalo org pahang dorang masak sampai hitam. dan juga buah belimbing dorang rebus dulu lama2....den tak kose lah nak rebus2 nih....den tumbuk je sumer.....yg pasti tetap sedap di makan buat colek2 dgn sayur sayuran kat gambar bawah nun....:)



















Wednesday, May 20, 2009

ACAR IKAN




Malam tadi aku masak resepi acar ikan nih. resepi nih aku belajar dari kawan aku keturunan bawean....(bahasa kasarnya boyan...heeee...jgn mareeee....). Tak kira lah apa keturunan pun kan, janji hati baik kan....so kwn aku nih mmg suka memasak, dan banyak jugak dia ajar aku resepi masak ikut cara dia. Kebanyakannya resepi dia mmg lah sedap2 belaka. so salah satu resepi ialah acar ikan. kalau nak masak acar ikan nih, kita boleh guna ikan tenggiri, tongkol dan juga ikan masin....ikan masin mmg best lah tapi disebabkan aku seorang yg menjaga kesihatan so aku masak guna ikan tenggiri...kehkehkeh....

disini aku tulis resepi nya ok....sila lah cuba......

1 ekor ikan tenggiri sedang
cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
1 sdk jintan manis
1 sdk biji ketumbar
air asam jawa
cili padi
daun kari
garam, gula

lumur ikan dgn garam dan serbuk kunyit, goreng. cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis dan biji ketumbar di kisar halus. panaskan minyak dan tumiskan daun kari hingga layu kemudian masukkan bahan kisar tadi. tumis hingga masak kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam dan juga cili padi. setelah menggelegak masukkan ikan goreng tunggu sebentar supaya ikan sebati dgn bahan tumis kemudian angkat.