Tuesday, December 29, 2009

Jam Roselle

Ni bunga ke buah roselle? aku pun tak tau nak panggil apa. Adik aku beli roselle ni kat gerai tepi jalan di pekan cina on the way balik dari Janda Baik itu hari. Sampai je rumah aku kopek buang biji bunga tu, dan siat2 kan bunga tu untuk di rebus. Air rebusan tu boleh diambil untuk di buat pati minuman. Kemudian hampas bunga tu pula di masak semula dengan gula dan dibuat jam untuk dimakan bersama roti. Sedap sesangat dan lagi satu lebih healthy kerana tiada bahan kimia tambahan didalamnya....:)



yg kiri tu bunga roselle n sebelah kanan tu biji roselle yg perlu di buang. Tapi rupa nya biji tu kita boleh buat benih untuk tanam semula. Mak tak tau lah pulak....abis semua mak buang.....


Ini pula yg telah dijadikan air sirap.

Bunga yg telah disiat2 untuk direbus bersama gula.


Ini pula jam nya.....nyummyyyy.....sendiri buat sendiri puji...hokayyyy.....


Ini lah hasil nya bunga roselle beli di Janda Baik, dapat buat 4 botol jam roselle.




Tuesday, December 22, 2009

Centella Asiatica Janda Baik Resort - Part 1

Pada cuti awal muharam baru ni aku n family bercuti di Janda Baik. Aku dah tak ingat dah berapa kali aku bercuti kat Janda Baik ni. Tapi pada kali ni aku tak dapat duduk kat tempat kami selalu duduk di D'Ark Resort sebab tempat tu dah penuh. Frust lah jugak sebab tak dpt bilik kat D'Ark tapi dalam frust2 aku cuba lah cari kat tempat lain. Akceli aku dah buat booking kat satu tempat ni, nama tak payah sebut lah. Sampai je kat tempat tu aku dah tak berkenan dah, apa tah lagi adik beradik aku. Tengok kat dlm internet mcm ok je, tapi bila tengok tempat tu mmg sedih lah. Chalet buruk dgn rupa bentuk sikit lagi nak macam jamban. Dengan sekeliling semak samun, nampak betul tak selesa lah. Nasib baik aku belum bayar deposit kalau tak mmg haru lah. So lepas round tempat tu n semua sepakat tak berkenan, kitorang beralih pulak ke tempat lain. Ternampak pulak Centella Asiatica resort ni, tengok dari luaran terus jatuh cinta. So adik aku call lah resort ni tanya ada tempat kosong ke tak. Kebetulan ada kosong dan owner resort ni Datin Rohana nama nya membenarkan kami masuk. Kat dalam tu ada lah tukang kebun tengah membersihkan kawasan sekitar.

Masuk je kat dlm resort tu mmg seronok lah tengok kawasan sekitar yg cantik dengan landskap yang teratur. Terdapat 2 buah kolam ikan didepan resort, nampak air nya yg tenang dengan ikan yg besar2. Rupanya owner resort ni duduk di KL, dan hanya dia yg pegang kunci bilik, so kami semua kena tunggu dia datang nak bukak bilik....ermmmm.....ini macam punya bisnes pun ada. So menunggu lah kami dari pukul 12 lebih hingga pukul 2 lebih kat dlm tu. Nasib baik ada tempat rehat mcm khemah untuk org ramai duduk sambil nonton tv. Tapi masa tu tv tak boleh bukak pun tak tau kenapa. yg ada masa tu hanya kitorang je, kiranya mcm kami ni lah 1st customer pada hari jumaat tu. Sementara menunggu kunci sampai, kaum lelaki pergilah sembahyang jumaat di masjid berdekatan. Kami kaum ibu dan anak2 lepak lah kat situ sambil bukak bekalan makan tghari. Okay, aku berenti takat ni dulu, ini baru part 1 ok! ada banyak gambar dan ada banyak cerita lagi yg aku nak tulis. sementara aku mengupload gambar lain, korang tengok lah gambar2 kat bawah ni......tungguuuuu.....



nampak tak no. tel dgn website tu, sesiapa yg nak duduk disini silalah contact no tel tersebut. nama owner nya Datin Rohana.



cantik nya lahh....ni bunga kantan kan....







Datin ada bercerita yg rumah antik ni, kayu nya di ambil dari sebuah masjid yg telah diroboh kan di Kelantan kalo tak silap. So Datin telah mengupah tukang kayu dari Kelantan nama nya Pak Lah untuk membina semula rumah antik ni di Janda baik. Memang cantik kerjatangan paklah. So sebelum datin membuka tempat ni sebagai resort, datin telah tinggal di rumah ni untuk beberapa tahun dan kemudian berpindah pula ke KL. Untuk pengetahun anda semua, rumah antik ni pun untuk disewa juga tapi lebih kepada package pengantin. sewa sebuah rumah antik 3 bilik nih ialah RM2500 semalam. sesiapa yg teringin nak buat wedding kat sini boleh lah contact datin tu ye. hari tu ada jugak aku mintak nak tengok kat dalam rumah antik ni tapi datin beri alasan kunci tak ada kat dia so tak boleh nak masuk. ermmmm.....entah lah ek, kalo dapat tengok boleh jugak aku ambik gambar kat dlm rumah ni n tolong promote kan wedding package dia. tak pe lah, org tak sudi nak bagi masuk kannnn.....























Ini lah chalet tempat tidor kami. errmmmm....ni rupa luaran ok, dalaman nanti aku tunjuk....ermmmm.....



cute kan, ada angsa u.....tapi angsa ni tak kejar org pun. dia pulak yg lari bila kita datang dekat. kan selalunya angsa yg kejar org....tapi ok lah, aku cukup takut kalo angsa kejar sebab dulu masa kecik pernah kena sudu dengan angsa....meraung mak nok....









kenapa tu? terpijak taik angsa ekkk.....heeee...


tau tak ni pokok buah apa? ini lah dia pokok buah markisa. kan dulu aku pernah buat posting pasal buah markisa kan, cuba tengok kat old post kalo korang nak tengok buah tu bila dah masak. pakcik tukang kebun kata, bila buah masak dia bawak turun ke kg cina dorang jual kat penjaja cina kat situ. jadi nya yg aku beli hari tu mesti dari kebun org2 melayu kat area janda baik ni jugak lah kan....alkisah nyaaaa....


Ini lah dia tempat kitorang menunggu datin datang bawak kunci.




deretan chalet2...


korang pernah tengok pokok pisang berbunga? ni hah...1st time aku tengok pokok pisang berbunga nyah....ke pokok ni satu spesis dengan pokok helicornia tu ke tak tau lah aku....tapi daun pokok ni mmg mcm pokok daun pisang.