Tuesday, November 1, 2011

Cheese Bread Pudding

Diatas permintaan ramai (ramai ke...ahaksss...), hari ni i letak resepi puding roti yang sangat sedap ini untuk dicuba pada yang sudi mencuba. Pada yang tak sudi mencuba, tatap je lah gambar puding dalam loyang tu hingga keluar ayaq lioq.




Bahan2nya :-

1 buku roti gardenia (yg paling panjang)
2 tin susu cair
1 tin air
3 biji telor
1 - 2 cawan gula (campur gula perang dgn gula putih)
250 gm philadelphia cream cheese


Cara buat :-

1. Roti disiat2 menjadi kecil kemudian direndam dgn 2 tin susu cair.
2. Telor di pukul bersama gula hingga kembang.
3. Kemudian masukkan cream cheese kedalam adunan telor tadi dan kacau hingga rata.
4. Selepas itu masuk kan adunan telor dan cheese ke dalam adunan roti yang telah direndam tadi.
5. Gaul rata, dan tambahkan air sedikit demi sedikit kedalam adunan roti sehingga agak becak (harap korang paham). Penambahan air ini perlu untuk mendapat texture yang lembut. Sekiranya tidak becak dan adunan kering (roti yg direndam tadi boleh jadi kering sebab roti serab susu cair) texture puding akan menjadi keras selepas dikukus. Tapi jangan lah sampai terlebih air nanti terlebih lembik pulak susah untuk di potong. Apa pun lembik lagi ok lah dari keras sebab sedap juga dimakan dgn sudu.
6. Setelah itu adunan roti tadi dimasukkan kedalam loyang yang telah di sapu dengan butter. Kukus adunan lebih kurang 45 minit - 1 jam atau pun cucuk puding dibahagian tengah untuk uji tahap masaknya.

Ok, selamat mencuba kawan2 semua. Sekiranya ada kemusykilan sila kemukakan pada saya. Dan sekiranya puding yang dibuat tidak menjadi jangan salahkan saya atau resepi, salahkan diri anda sendiri (ditujukan pada musuh ketat ku di seberang tambak johor sana....hikhik...)