Wednesday, May 25, 2011

Fried kimchi & Stew kimchi

Muntah darah lah korang kalau asip tengok benda alah ni je kat blog aku kan. Ada aku kesahhh...heeee. Saja nak tunjuk kat u ols semua, yang i telah memvarietykan sayur kimchi yang i buat hari tu. Tak lah boring kalau hari2 makan kimchi mentahkan. So layan je lah ek....


Ini dia stew kimchi yg aku buat malam ini untuk dinner. Aku campur karot dengan celery. Sedap giler....hikhikhik...sendiri puji lah kan....




Ini pulak aku buat dinner hari bila ntah, aku goreng kimchi tu. yang ni aku campur celery sama tahu. pun sama sedap giler....hikhikhik....




pssstttt....malam ni mcm ok pulak blogspot nih tu yg aku cepat2 buat entry takut besok siang dia buat hal lagi. Jangan lah buat hal incik blogspot, kat sini lah tempat aku mengadu domba perasaan aku dan juga tempat aku tunjuk skil memasak aku...hahaha....perasannya lah....tak lah gurau2 je....ok korang layan gambar ni dulu ok. ada belen kimchi sikit lagi ingat nak try buat masak asam pedas. agak2 marah tak orang korea dgn aku nanti.....:)









Saturday, May 21, 2011

Kimchi...kimchi...kimchiiiiiiii......

Hari ni aku bikin lagi ini kimchi. Kali ni aku guna cili powder korea, baru lah cantik color kimchi aku....merah gituuu. ok, dibawah ni aku letak gambar2 aku pergi shopping kat minimarket korea di taman nirwana, ampang. Ibarat macam aku kat korea lah pulak sebab yang datang kedai tu semua nya warga korea. Yang bagus nya tokey kedai tu boleh berbahasa Melayu dan juga English. So senang nak tanya2. Sorry cik jiejah, alamat penuh kedai ni aku tak tau, kedai ni kat area situ lah depan ampang point tu. Nak senang ko datang ambik aku kita gi soping sama2...hehehe....



ini dia kimchi aku satu bekas mcm hari tu jugak....cantik kan kaler nya....baru lah nampak merah....




ni dia mini market korea sebelah bangi kopitiam



segala tok nenek ada....semua mai dari korea...





ini gadis korea yang dah lama duduk msia....kaler kulit pun dah tukar kan....hehehe....


yg berjalan dua orang tu warga korea....depan kedai tu ada stall jual fast food korea. Nampak sedap tapi waswas pulak nak makan walau pun yg mengrill nya tu orang indo.



Ini lah dia cili powder korea. Satu peket tak sampai 500 gram rege rm14.20. Memang agak mahal lah kan, kalau tak pasal kimchi tak hingin aku beli....hahaha. Tapi aku tengok barang2 kat situ rege mmg boleh tahan lah. Ye lah barang import kan. Tapi cili ni tak berapa pedas mcm yg mula2 aku buat kimchi guna cili powder cap babas.




taraaaaaaaaaaaaaa.....sedia untuk di makan.....









































Wednesday, May 18, 2011

Kimchi oh kimchi.....

SEMALAM.....





HARI NI!


Korang nampak tak perbezaan ketara kimchi dalam bekas tu. Terkejut aku balik kerja petang tadi aku tengok kimchi aku dah makin surut. Bukan ramai pun yang makan, aku dengan anak bujang aku yang no. 2 si ery tu je. Kemain suka lagi dia dengan sayur korea ni. Tak kira lunch ke, dinner ke, dia makan kimchi ni dengan nasi. Nampak gayanya kena buat lagi weekend ni....:)




Kimchi

Ok, atas permintaan ramai juga ni...hehehe....i letak resepi dan cara2 membuat kimchi, makanan kegemaran orang korea. Aku ikut resepi dari web ni http://www.maangchi.com/recipe/kimchi-kaktugi korang tengok lah kat situ ada banyak resepi2 makanan org korea. Akceli ada berbagai resepi kimchi ni, so aku ikut resepi makcik maangchi ni sebab dia orang korea. Jadinya kimchi aku ni kimchi original korean ye puan2, bukan mcm kimchi cik jiejah the diva itew yg menggunakan cincalok...itu sudah jadi kimchi org melaka....hehe...jgn marah cik jiejah, saya bergurau senda di hari rabu....muahhhh....cer ikut resepi ni pulak cik jiejah, then ko compare lah mana sedap...kalau ko punya resepi lagi sedap, nanti aku betul2 ikut ko nyer resepi lak ek....ok mari kita mulakan.....



sebiji kobis cina or kobis panjang (aku pun tak sure kobis nama apa nih). belah memanjang 4 bahagian. kemudian rendam kobis dlm air yang diletak 6 sudu besar garam selama lebih kurang 4 jam. kalau nak makan cepat rendam je lah berapa lama ikut suka, no hal punya. kalau ikut makcik manggchi tu dia rendam 8 jam. sebenarnya lagi lama kobis tu direndam lagi lembut kobis tu. so lepas direndam sekian jam, bilas kobis tu dgn air bersih. kemudian toskan. mula nya aku potong manjang kobis tu, tp lepas di toskan, aku rasa mcm susah pulak nak makan. then aku terus potong kecik2 mcm kita nak buat goreng sayur lah.



ini pulak ialah sos untuk kimchi. bahan nya 1 cawan tepung gandum, 3 cawan air dan 1/2 cawan gula. Mula2 kacau tepung dan air diatas api perlahan, dah rata semua baru masukkan gula, kacau hingga likat. makcik manggchi guna tepung manis khas buatan korea. next time aku nak pi shopping kat minimarket korea nak tgk tepung dorang tu halal ke tak. kalau halal aku nak beli n try buat lagi guna tepung korea ni. ok, dah likat sejuk kan sos ini.



daun bawang dan bawang besar di chop begini...




karot potong lah ikut suka




ok, ini sos tepung tadi yg telah sejuk, masuk kan bahan yg telah diblend (halia, bawang merah, bawang putih), serbuk cili, sos ikan, garam. kemudian kacau rata dan rasa. sekiranya kurang manis, tambah gula. benda ni kena ikut rasa sendiri, kena adjust mana yg patut lah.



kemudian gaul sos dengan semua sayur sayuran tadi. tutup bekas dan simpan dalam fridge. sayur ni pada pendapat aku lepas buat tak berapa sedap rasanya, tapi bila dah simpan lagi lama lagi sedap.



Satu je yg aku tak puas hati, kaler tu tak merah menyala. kalau tengok makcik manggchi punya kemain merah lagi. mungkin pasal dia guna serbuk cili korea tu kot....ok, selamat mencuba....:)













Pasta goreng sardin


Atas permintaan ramai....hahaha...banyak lah aku punya ramai kan....tak ada lah, cik manis yang mintak resepi pasta ni kan....nanti dah buat lu kasi tayang kat blog lu ek....:)

Bahan2 :

Pasta 1 peket - di rebus hingga lembut
Sardin 1 tin besar
Cili merah 1 biji }
Cili api 10 biji }
Bawang putih 3 biji } Kesemua bahan ini di blend halus
Bawang merah 6 biji }
Udang kering 1 sudu besar }
Bawang besar 1 biji dihiris
Tomato 1 biji besar - di chop kecil2

Cara :

Tumis bawang besar yg dihiris sampai layu, kemudian masuk kan bahan blend, masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan sardin tin dan juga tomato yg dichop tadi. Kacau rata kemudian masukkan pasta yang telah direbus tadi. Siap untuk dimakan.

Senangkan, anak i dah mintak spagetti pulak masak yg sama mcm ni. Ingat nanti kalau buat nak tabur cheese parmesan.....harus meletop kan.....a ah...dgn badan aku sekali naik meletop...hehe....