Wednesday, March 31, 2010

Cream Cheese Butter Cake

Hari sabtu lepas entah apa angin entah tetiba aku terajin lak nak buat kek. Jangan sapa2 nak terkejut ye, sekali 2 biji kek aku buat. Satu aku buat kek cream cheese dan satu lagi aku buat kek coklat fudge. Yang kek coklat tu tak payah lah aku taruk resepi sebab ada aku bagi resepi kat sini, kalau sapa2 nak cuba selak lah selak page belakang2. Berbalik pada kek cream cheese ni, sapa yang rajin nak buat, sila lah cuba resepi ni sebab anda tak akan keciwa. Resepi dari Yusnina ni lembut gebu, moist and yang paling penting sedap! Aku tak kenal sapa yusnina ni, akceli dah lama aku simpan resepi ni. Kalau tak silap aku print resepi ni dari cari.com. Apa pun tq so much pada yusnina yang memberi resepi yang sedap. Now korang layan je lah gambar kat bawah ni ye. resepi ada sekali tu, nampak kan.....