Friday, May 16, 2014

DAGING DENDENG DAN PARU MALATOP!

Assalam dan selamat sejahtera pada semua.  Hari ini adalah hari perasmian blog lama saya dibaharu kan semula dengan sajian enak dari dapur saya.  Dendeng daging dan paru ini resepi turun temurun dari keluarga saya.  Dendeng daging keluarga saya yang selalu mendapat sambutan dari saudara mara dan juga kawan-kawan ketika hari raya menjelma.  Hidangan dendeng ini sedap dimakan bersama nasi, ketupat, pulut dan juga roti.

Dendeng daging dan juga paru ini saya jual sekilo RM 40.00 dan boleh juga untuk setengah kilo RM20.00.  Tempahan di terima pada bila-bila masa.  Penghantaran sekitar Ampang, Pandan, Cheras, Sentul dan juga KL centre tiada pembayaran dikenakan.  Untuk ke tempat-tempat lain penghantaran boleh dirunding.  Pada yang berminat untuk membuat tempahan saya boleh dihubungi call / whatsapp di no. hp 017-6997748.  







Tuesday, November 1, 2011

Cheese Bread Pudding

Diatas permintaan ramai (ramai ke...ahaksss...), hari ni i letak resepi puding roti yang sangat sedap ini untuk dicuba pada yang sudi mencuba. Pada yang tak sudi mencuba, tatap je lah gambar puding dalam loyang tu hingga keluar ayaq lioq.




Bahan2nya :-

1 buku roti gardenia (yg paling panjang)
2 tin susu cair
1 tin air
3 biji telor
1 - 2 cawan gula (campur gula perang dgn gula putih)
250 gm philadelphia cream cheese


Cara buat :-

1. Roti disiat2 menjadi kecil kemudian direndam dgn 2 tin susu cair.
2. Telor di pukul bersama gula hingga kembang.
3. Kemudian masukkan cream cheese kedalam adunan telor tadi dan kacau hingga rata.
4. Selepas itu masuk kan adunan telor dan cheese ke dalam adunan roti yang telah direndam tadi.
5. Gaul rata, dan tambahkan air sedikit demi sedikit kedalam adunan roti sehingga agak becak (harap korang paham). Penambahan air ini perlu untuk mendapat texture yang lembut. Sekiranya tidak becak dan adunan kering (roti yg direndam tadi boleh jadi kering sebab roti serab susu cair) texture puding akan menjadi keras selepas dikukus. Tapi jangan lah sampai terlebih air nanti terlebih lembik pulak susah untuk di potong. Apa pun lembik lagi ok lah dari keras sebab sedap juga dimakan dgn sudu.
6. Setelah itu adunan roti tadi dimasukkan kedalam loyang yang telah di sapu dengan butter. Kukus adunan lebih kurang 45 minit - 1 jam atau pun cucuk puding dibahagian tengah untuk uji tahap masaknya.

Ok, selamat mencuba kawan2 semua. Sekiranya ada kemusykilan sila kemukakan pada saya. Dan sekiranya puding yang dibuat tidak menjadi jangan salahkan saya atau resepi, salahkan diri anda sendiri (ditujukan pada musuh ketat ku di seberang tambak johor sana....hikhik...)

Friday, October 28, 2011

D'Ark Resort, Janda Baik - 26/10/11

Cuti Deepavali baru2 ni aku dgn family ke Janda Baik. Rasanya tahun ni tak pergi pun berkelah kat sana. Rasa rindu lah pulak suasana kampung yang aman damai itu...ahaksss...skema nya ayat kan. Tapi betul lah, baru je balik dari sana kan rasa rindu nak pergi lagi. So ok lah, korang layan je lah gambar2 kat bawah ni ok....malas lak nak menaip.





seperti biasa aktiviti bermain bola sepak. tiang gol kejab2 beralih tempat, ada je yg buat dajal....



dah puas main bola, terjun kedalam sungai pulak...








Dalam front office...




..










Ini puding roti bercheese.....meletop wa ckp lu, wa sendiri puji okay....nnti wa kasi taruk resepi kat sini....mesti cik anaz rajin nak buat nanti kan....hikhik....











.


ramai betul yg nak membakar.....tapi sekejab je....lepas tu tinggal berapa kerat je yg bakar....hehe...







ada kambing, ada ayam, ada hotdog rentung....hehehe....



marvelous......lamb black pepper sauce with mayo and chili sauce...




































































Monday, October 17, 2011

Puding Dragon Fruit & Prune





Last 2 weeks kot aku buat puding ni, puncanya pasal sayang tengok buah dragon fruit dgn prune dah lama duduk dlm peti ais tak ada org nak makan. So aku belasah je buat puding. Tak nyesal buat sebab puding ni sedap, kejab je licin. Tu yang tak sempat nak bagi kat sapa2 (sori ye dot...hehehe....) Lagi satu nak cantik pilih lah dragon fruit yang berwarna merah. Automatik warna agar2 tu jadi warna merah, tak payah guna pewarna tiruan.


Pada sesiapa yang minat nak mencuba ini resepinya :-


1 peket serbuk agar-agar

4 gelas air

10 - 15 sudu gula pasir (ikut suka)

1 tin susu cair

buah prune ikut suka nak taruk berapa banyak (aku taruk dlm 1/2 cawan) dipotong kecil2

buah dragon fruit (warna merah) dlm setengah biji (dilenyek)



Masak serbuk agar2 bersama gula dan air, setelah larut semuanya masuk kan 1 tin susu cair, buah prune dan juga buah dragon fruit. Masak hingga semua nya sebati dan mendidih. Kemudian sejuk kan didalam bekas. Selamat mencuba.



Thursday, July 7, 2011

Kimchi lagi....

Gambar atas ni kimchi yg aku baru buat 2 hari yg lepas. Kali ni aku ada buat sedikit penambahan dan juga pengurangan. Untuk bahan asas seperti bawang besar, bawang putih, halia, cili serbuk tu semua sama je. Cuma aku kurangkan penggunaan sos ikan dan aku tambah kan sedikit serbuk maggi ayam. Wah rasanya sedap sekali, ikut pada tekak aku lah, tekak org lain tu aku tak tau suka ke idak. Sebelum2 ni cuma taruk sos ikan 1 cwn, pastu rasa sos tu kuat lah. pada aku lagi sedap kurangkan sos ikan (aku letak dlm 2 sudu besar je) pastu taruk serbuk maggi ayam dlm 1 sudu besar. kalau ada serbuk maggi ikan bilis pun ok gak kan. masa mula2 gaul sayur dgn bahan2 kisar tu kimchi agak kering tp bila dah lama2 air dari sayur tu akan keluar sendiri. Apa pun this is the best kimchi i ever made....heeee....




Ni pulak gambar kimchi yang dijual di minimarket olives dekat office aku. Terkejut aku rupanya ada jual yg dah siap, tapi tak berani lah pulak nak beli. Bekas yang kecik tu dorang jual dlm rm6 dan yg besar dlm rm12. Kalau lah ramai melayu yg suka makan kimchi ni mau aku buat bisnes kimchi kan......terjamin kebersihan dan kesucian nya....hahaha....



Wednesday, May 25, 2011

Fried kimchi & Stew kimchi

Muntah darah lah korang kalau asip tengok benda alah ni je kat blog aku kan. Ada aku kesahhh...heeee. Saja nak tunjuk kat u ols semua, yang i telah memvarietykan sayur kimchi yang i buat hari tu. Tak lah boring kalau hari2 makan kimchi mentahkan. So layan je lah ek....


Ini dia stew kimchi yg aku buat malam ini untuk dinner. Aku campur karot dengan celery. Sedap giler....hikhikhik...sendiri puji lah kan....




Ini pulak aku buat dinner hari bila ntah, aku goreng kimchi tu. yang ni aku campur celery sama tahu. pun sama sedap giler....hikhikhik....




pssstttt....malam ni mcm ok pulak blogspot nih tu yg aku cepat2 buat entry takut besok siang dia buat hal lagi. Jangan lah buat hal incik blogspot, kat sini lah tempat aku mengadu domba perasaan aku dan juga tempat aku tunjuk skil memasak aku...hahaha....perasannya lah....tak lah gurau2 je....ok korang layan gambar ni dulu ok. ada belen kimchi sikit lagi ingat nak try buat masak asam pedas. agak2 marah tak orang korea dgn aku nanti.....:)









Saturday, May 21, 2011

Kimchi...kimchi...kimchiiiiiiii......

Hari ni aku bikin lagi ini kimchi. Kali ni aku guna cili powder korea, baru lah cantik color kimchi aku....merah gituuu. ok, dibawah ni aku letak gambar2 aku pergi shopping kat minimarket korea di taman nirwana, ampang. Ibarat macam aku kat korea lah pulak sebab yang datang kedai tu semua nya warga korea. Yang bagus nya tokey kedai tu boleh berbahasa Melayu dan juga English. So senang nak tanya2. Sorry cik jiejah, alamat penuh kedai ni aku tak tau, kedai ni kat area situ lah depan ampang point tu. Nak senang ko datang ambik aku kita gi soping sama2...hehehe....



ini dia kimchi aku satu bekas mcm hari tu jugak....cantik kan kaler nya....baru lah nampak merah....




ni dia mini market korea sebelah bangi kopitiam



segala tok nenek ada....semua mai dari korea...





ini gadis korea yang dah lama duduk msia....kaler kulit pun dah tukar kan....hehehe....


yg berjalan dua orang tu warga korea....depan kedai tu ada stall jual fast food korea. Nampak sedap tapi waswas pulak nak makan walau pun yg mengrill nya tu orang indo.



Ini lah dia cili powder korea. Satu peket tak sampai 500 gram rege rm14.20. Memang agak mahal lah kan, kalau tak pasal kimchi tak hingin aku beli....hahaha. Tapi aku tengok barang2 kat situ rege mmg boleh tahan lah. Ye lah barang import kan. Tapi cili ni tak berapa pedas mcm yg mula2 aku buat kimchi guna cili powder cap babas.




taraaaaaaaaaaaaaa.....sedia untuk di makan.....