Friday, October 28, 2011

D'Ark Resort, Janda Baik - 26/10/11

Cuti Deepavali baru2 ni aku dgn family ke Janda Baik. Rasanya tahun ni tak pergi pun berkelah kat sana. Rasa rindu lah pulak suasana kampung yang aman damai itu...ahaksss...skema nya ayat kan. Tapi betul lah, baru je balik dari sana kan rasa rindu nak pergi lagi. So ok lah, korang layan je lah gambar2 kat bawah ni ok....malas lak nak menaip.





seperti biasa aktiviti bermain bola sepak. tiang gol kejab2 beralih tempat, ada je yg buat dajal....



dah puas main bola, terjun kedalam sungai pulak...








Dalam front office...




..










Ini puding roti bercheese.....meletop wa ckp lu, wa sendiri puji okay....nnti wa kasi taruk resepi kat sini....mesti cik anaz rajin nak buat nanti kan....hikhik....











.


ramai betul yg nak membakar.....tapi sekejab je....lepas tu tinggal berapa kerat je yg bakar....hehe...







ada kambing, ada ayam, ada hotdog rentung....hehehe....



marvelous......lamb black pepper sauce with mayo and chili sauce...




































































Monday, October 17, 2011

Puding Dragon Fruit & Prune





Last 2 weeks kot aku buat puding ni, puncanya pasal sayang tengok buah dragon fruit dgn prune dah lama duduk dlm peti ais tak ada org nak makan. So aku belasah je buat puding. Tak nyesal buat sebab puding ni sedap, kejab je licin. Tu yang tak sempat nak bagi kat sapa2 (sori ye dot...hehehe....) Lagi satu nak cantik pilih lah dragon fruit yang berwarna merah. Automatik warna agar2 tu jadi warna merah, tak payah guna pewarna tiruan.


Pada sesiapa yang minat nak mencuba ini resepinya :-


1 peket serbuk agar-agar

4 gelas air

10 - 15 sudu gula pasir (ikut suka)

1 tin susu cair

buah prune ikut suka nak taruk berapa banyak (aku taruk dlm 1/2 cawan) dipotong kecil2

buah dragon fruit (warna merah) dlm setengah biji (dilenyek)



Masak serbuk agar2 bersama gula dan air, setelah larut semuanya masuk kan 1 tin susu cair, buah prune dan juga buah dragon fruit. Masak hingga semua nya sebati dan mendidih. Kemudian sejuk kan didalam bekas. Selamat mencuba.