Pada cuti awal muharam baru ni aku n family bercuti di Janda Baik. Aku dah tak ingat dah berapa kali aku bercuti kat Janda Baik ni. Tapi pada kali ni aku tak dapat duduk kat tempat kami selalu duduk di D'Ark Resort sebab tempat tu dah penuh. Frust lah jugak sebab tak dpt bilik kat D'Ark tapi dalam frust2 aku cuba lah cari kat tempat lain. Akceli aku dah buat booking kat satu tempat ni, nama tak payah sebut lah. Sampai je kat tempat tu aku dah tak berkenan dah, apa tah lagi adik beradik aku. Tengok kat dlm internet mcm ok je, tapi bila tengok tempat tu mmg sedih lah. Chalet buruk dgn rupa bentuk sikit lagi nak macam jamban. Dengan sekeliling semak samun, nampak betul tak selesa lah. Nasib baik aku belum bayar deposit kalau tak mmg haru lah. So lepas round tempat tu n semua sepakat tak berkenan, kitorang beralih pulak ke tempat lain. Ternampak pulak Centella Asiatica resort ni, tengok dari luaran terus jatuh cinta. So adik aku call lah resort ni tanya ada tempat kosong ke tak. Kebetulan ada kosong dan owner resort ni Datin Rohana nama nya membenarkan kami masuk. Kat dalam tu ada lah tukang kebun tengah membersihkan kawasan sekitar.
Masuk je kat dlm resort tu mmg seronok lah tengok kawasan sekitar yg cantik dengan landskap yang teratur. Terdapat 2 buah kolam ikan didepan resort, nampak air nya yg tenang dengan ikan yg besar2. Rupanya owner resort ni duduk di KL, dan hanya dia yg pegang kunci bilik, so kami semua kena tunggu dia datang nak bukak bilik....ermmmm.....ini macam punya bisnes pun ada. So menunggu lah kami dari pukul 12 lebih hingga pukul 2 lebih kat dlm tu. Nasib baik ada tempat rehat mcm khemah untuk org ramai duduk sambil nonton tv. Tapi masa tu tv tak boleh bukak pun tak tau kenapa. yg ada masa tu hanya kitorang je, kiranya mcm kami ni lah 1st customer pada hari jumaat tu. Sementara menunggu kunci sampai, kaum lelaki pergilah sembahyang jumaat di masjid berdekatan. Kami kaum ibu dan anak2 lepak lah kat situ sambil bukak bekalan makan tghari. Okay, aku berenti takat ni dulu, ini baru part 1 ok! ada banyak gambar dan ada banyak cerita lagi yg aku nak tulis. sementara aku mengupload gambar lain, korang tengok lah gambar2 kat bawah ni......tungguuuuu.....

nampak tak no. tel dgn website tu, sesiapa yg nak duduk disini silalah contact no tel tersebut. nama owner nya Datin Rohana.


cantik nya lahh....ni bunga kantan kan....
No comments:
Post a Comment