Tuesday, December 29, 2009

Jam Roselle

Ni bunga ke buah roselle? aku pun tak tau nak panggil apa. Adik aku beli roselle ni kat gerai tepi jalan di pekan cina on the way balik dari Janda Baik itu hari. Sampai je rumah aku kopek buang biji bunga tu, dan siat2 kan bunga tu untuk di rebus. Air rebusan tu boleh diambil untuk di buat pati minuman. Kemudian hampas bunga tu pula di masak semula dengan gula dan dibuat jam untuk dimakan bersama roti. Sedap sesangat dan lagi satu lebih healthy kerana tiada bahan kimia tambahan didalamnya....:)



yg kiri tu bunga roselle n sebelah kanan tu biji roselle yg perlu di buang. Tapi rupa nya biji tu kita boleh buat benih untuk tanam semula. Mak tak tau lah pulak....abis semua mak buang.....


Ini pula yg telah dijadikan air sirap.

Bunga yg telah disiat2 untuk direbus bersama gula.


Ini pula jam nya.....nyummyyyy.....sendiri buat sendiri puji...hokayyyy.....


Ini lah hasil nya bunga roselle beli di Janda Baik, dapat buat 4 botol jam roselle.




No comments: