

Korang suka tak puding caramel? Apa? Tak suka ek...tak pe lah....tak suka sudah...tapi korang tgk je lah gambar puding yg aku buat baru2 nih....ni aku bagi resepi sekali kot2 korang teringin nak buat ke....
PUDING CARAMEL
(A)
1 tin susu cair
5 biji telor
1 cwn gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar tepung custard
(B)
1 cwn gula pasir
1 cwn air
Bhgn B ni untuk buat air gula. Mula2 masukkan gula ke dlm periuk, masak sehingga gula menjadi cair dah bertukar ke kaler perang. Kemudian masuk kan air kacau sehingga tiada ketulan gula. (peringatan, semasa masuk kan air berhati2 sikit sebab gula tadi akan mengeluarkan percikan, seelok-eloknya angkat periuk ke dlm sink dan tuang air. dan letak kan periuk kembali ke atas dapur)
Untuk bhgn A, campur kan susu cair dan gula, pukul sehingga sebati. kemudian masukkan telor dan esen. pukul lagi. kemudian ayak tepung custard kedlm adunan ini, kacau sehingga rata. tak payah lah nak pukul beriya2 mcm pukul kek tuh, pukul ala kadar je. Tuang kan air gula tadi ke dlm acuan, kemudian tuang kan pula adunan susu cair tadi. kukus lah selama 1 jam.