Wednesday, May 18, 2011

Kimchi

Ok, atas permintaan ramai juga ni...hehehe....i letak resepi dan cara2 membuat kimchi, makanan kegemaran orang korea. Aku ikut resepi dari web ni http://www.maangchi.com/recipe/kimchi-kaktugi korang tengok lah kat situ ada banyak resepi2 makanan org korea. Akceli ada berbagai resepi kimchi ni, so aku ikut resepi makcik maangchi ni sebab dia orang korea. Jadinya kimchi aku ni kimchi original korean ye puan2, bukan mcm kimchi cik jiejah the diva itew yg menggunakan cincalok...itu sudah jadi kimchi org melaka....hehe...jgn marah cik jiejah, saya bergurau senda di hari rabu....muahhhh....cer ikut resepi ni pulak cik jiejah, then ko compare lah mana sedap...kalau ko punya resepi lagi sedap, nanti aku betul2 ikut ko nyer resepi lak ek....ok mari kita mulakan.....



sebiji kobis cina or kobis panjang (aku pun tak sure kobis nama apa nih). belah memanjang 4 bahagian. kemudian rendam kobis dlm air yang diletak 6 sudu besar garam selama lebih kurang 4 jam. kalau nak makan cepat rendam je lah berapa lama ikut suka, no hal punya. kalau ikut makcik manggchi tu dia rendam 8 jam. sebenarnya lagi lama kobis tu direndam lagi lembut kobis tu. so lepas direndam sekian jam, bilas kobis tu dgn air bersih. kemudian toskan. mula nya aku potong manjang kobis tu, tp lepas di toskan, aku rasa mcm susah pulak nak makan. then aku terus potong kecik2 mcm kita nak buat goreng sayur lah.



ini pulak ialah sos untuk kimchi. bahan nya 1 cawan tepung gandum, 3 cawan air dan 1/2 cawan gula. Mula2 kacau tepung dan air diatas api perlahan, dah rata semua baru masukkan gula, kacau hingga likat. makcik manggchi guna tepung manis khas buatan korea. next time aku nak pi shopping kat minimarket korea nak tgk tepung dorang tu halal ke tak. kalau halal aku nak beli n try buat lagi guna tepung korea ni. ok, dah likat sejuk kan sos ini.



daun bawang dan bawang besar di chop begini...




karot potong lah ikut suka




ok, ini sos tepung tadi yg telah sejuk, masuk kan bahan yg telah diblend (halia, bawang merah, bawang putih), serbuk cili, sos ikan, garam. kemudian kacau rata dan rasa. sekiranya kurang manis, tambah gula. benda ni kena ikut rasa sendiri, kena adjust mana yg patut lah.



kemudian gaul sos dengan semua sayur sayuran tadi. tutup bekas dan simpan dalam fridge. sayur ni pada pendapat aku lepas buat tak berapa sedap rasanya, tapi bila dah simpan lagi lama lagi sedap.



Satu je yg aku tak puas hati, kaler tu tak merah menyala. kalau tengok makcik manggchi punya kemain merah lagi. mungkin pasal dia guna serbuk cili korea tu kot....ok, selamat mencuba....:)













3 comments:

Anonymous said...

kan kak sama la kite x puas hati sbb x merah abis sy g tambah serbuk cili last2 sakit perut miahahaha kak kat mana mini market korea tu??? mmg ada ke kt KL???

kaklia said...

kan jah kan....kaler merah dorang tu cantik kan...kalau kat ampang mmg ada kedai korea ni. dekat dgn ampang point tu kita panggil situ litte korea. mmg ramai org korea kat situ. kat ampang ni merata lah orang luar nok. segala jenis bangsa ko leh tengok...hehehe...bagi aku gi tengok dulu kedai tu ek...

green girl chichi said...

haritu kawan ada wat tapi asal rasa dy cam pahit???? tapi xpa r, try resepi nie plak...